Monday, June 4, 2012

Madu Sumur eL-Husaini Honey Selamat Tiba Di Malaysia untuk Pasaran Tempatan.=)

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian tentang ketibaan Madu eL-Husaini Honey madu yaman asli di Malaysia.



 Saya bersama rakan kogsi menerima panggilan dari MASkargo memaklumkan bahawa barang kami (Madu eL-Husaini Honey) telah selamat sampai di KLIA pada  1 Jun 2012 dan kami diminta untuk menuntut barang kami dalam masa 24jam.


Saya bersama rakan kongsi ke MASkargo (bersebelahan dengan LCCT) untuk menuntut barang kami (Madu eL-Husaini Honey). Setelah mendapat pas masuk kami ke Bangunan MASKargo untuk memaklumkan ketibaan kami.


Setelah memaklumkan kehadiran, kami ke gudang penyimpanan barang bagi mendapatkan Madu eL-Husaini Honey.


Tiga kotak berisi Madu eL-Husaini Honey dapat kami ambil.


Madu eL-Husaini Honey di Kargo dan di kirimkan atas nama syarikat kami. Husaini Global Quality Sdn Bhd.


Setelah membuat pembayaran cukai, kami ke kastam bagi mengistiharkan barang dagangan kami telah kami ambil dan sedia untuk dikeluarkan dari MASkargo.


Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Kini Madu eL-Husaini Honey sedia untuk di pasarkan di pasaran tempatan.


Madu eL-Husaini Honey, madu asli dari Yemen. madu yang diperkenalkan kali ini adalah madu jenis Sumur, madu yang terhasil dari Pohon Samrah,(ziziphus) madu yang mana di iktiraf sebagai madu terbaik di dunia.


Madu Sumur juga diiktiraf sebagai madu Asli oleh kerajaan Yemen sebelum di eksport keluar dari yemen.


Madu Sumur eL-Husaini Honey ini dijual pada harga RM150 setiap 500g. Bagi mendapatkan madu sumur ini. Sila hubungi no yang tertera di blog ini atau boleh dapatkan kami di Facebook kami. Klik Like di sini. untuk mendapatkan info2 terkini dari kami.

-Husaini Global Quality Sdn Bhd-