Friday, August 31, 2012

Psst!
Sebelum anda turun rumah menuju ke kedai makan atau rumah terbuka,
cuba amalkan minum 2sudu Madu Asli dibancuh dengan air suam.
Ia akan men-neutralkan perut sebelum memasuki makanan berat.
Selamat Beramal   ^_^

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia ke-49

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~

Pada 31 Ogos 2012, rakyat Malaysia akan meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 tahun.
Ulang Tahun yang mana pada tarikh yang sama 55 tahun lepas, Tanah Air kita iaitu Malaysia akhirnya bebas daripada belenggu penjajah, lalu kita bina negara diatas usaha sendiri.

Manakala pada 16 September kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-49 tahun.
Hari Malaysia ialah hari dimana Sabah Sawarak digabungkan dengan Tanah Malaya dan akhirnya membentuk Malaysia yang ada kini.

Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk bersyukur
  dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi, rakyat Malaysia telah berjaya mencipta
kecemerlangan dalam pelbagai bidang danmengharumkan nama negara di persada antarabangsa.  
Kami berharap agar rakyat Malaysia akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.


Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfuitri 1433H

Kami Warga kerja Husaini Global Quality Sdn. Bhd. ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada anda semua.

Semoga Aidifitri kali ingin dapat mengeratkan hubungan kita sesama keluarga baik yang jauh mahupun yang dekat.
Kami ingin mohon ampun maaf andai terkasar bahasa, terlebih gurau ataupun menyakitkan anda dalam kelakuan, Maaf Zahir Batin.
Kepada mereka yang pulang ke kampung atau yang memandu, sila berhati-hati di Jalan Raya.
Jumpa lagi anda semua naik raya nanti.

As-Salaam~