Our specialties is Honey Yemen, the best honey in the world. Described in the Quran. Natural Naturally! For more information, contact us +60192843242/+967713539067 (Abdul Hamid) www.elhusaini.com
Monday, June 24, 2013
Wednesday, June 12, 2013
Madu Yaman : Keputusan Makmal Terhadap Tahap Ketulenan Madu Yaman Elhusaini Honey
Berikut adalah keputusan makmal yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Glucose (Glukosa)
Glukosa atau nama kimianya (2R,3S,4R,5R/S)-2,3,4,5,6-pentahidrosilheksanal ialah salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat di alam. Ia juga dinamakan dekstrosa.
Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat membentuk, dari satu rantai memanjang (yang dipanggil unjuran Fischer) kepada, satu struktur siklik (yang dipanggil unjuran Haworth) seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.
Glukosa disintesis oleh tumbuhan hijau dalam proses fotosintesis.
Glukosa ialah sejenis gula ringkas. Tumbuh-tumbuhan menyimpan glukosa sebagai karbohidrat yang dinamai kanji dalam bijirin seperti beras, jagung,barli dan sebagainya.
Glukosa dalam larutan memutarkan cahaya terkutub-satah ke sebelah kanan, maka ia dikenali sebagai gula dekstrosa.
Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada daripada degradasi glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh dengan mencukupi untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan karbohidrat.
Sucrose (Sukrosa)
Sukrosa (C12H22O11) ialah sejenis disakarida iaitu heterodisakarida yang bersifat bukan penurun dan tidak menunjukkan fenomena mutaputaran. Hidrolisis sukrosa menghasilkan glukosa dan fruktosa.
Sukrosa boleh didapati dalam guba bit dan gula tebu, buah nanas, dan lobak merah.
*perhatikan dengan teliti dan nilai sendiri tahap ketulenan madu elhusaini honey.
Subscribe to:
Posts (Atom)