Tuesday, August 28, 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia ke-49

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~

Pada 31 Ogos 2012, rakyat Malaysia akan meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 tahun.
Ulang Tahun yang mana pada tarikh yang sama 55 tahun lepas, Tanah Air kita iaitu Malaysia akhirnya bebas daripada belenggu penjajah, lalu kita bina negara diatas usaha sendiri.

Manakala pada 16 September kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-49 tahun.
Hari Malaysia ialah hari dimana Sabah Sawarak digabungkan dengan Tanah Malaya dan akhirnya membentuk Malaysia yang ada kini.

Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk bersyukur
  dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi, rakyat Malaysia telah berjaya mencipta
kecemerlangan dalam pelbagai bidang danmengharumkan nama negara di persada antarabangsa.  
Kami berharap agar rakyat Malaysia akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment