Saturday, March 30, 2013

Madu Yaman : Kehebatan Madu Lebah Dari Sudut Pandangan Islam


Madu Lebah Dari Pandangan Islam

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia”.Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir.”

(Q.S. An-Nahl : 68-69)

Di dalam Al-Quran, Surah An-Nalh ayat 68 & 69, dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicipta oleh Allah itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.

Terdapat beberapa hadis yang khusus terhadap madu sebagai satu kaedah perubatan:


Daripada Abu Said Al’Kudri r.a. katanya:
“Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata, “Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air”, Sabda Rasulullah SAW. “Minumlah madu kepadanya”: Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya ” Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah”, Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, “Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga”. Sabda Rasulullah S.A.W. “Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta”. Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya”.
Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda “Ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”.  (Riwayat Bukhari)

Amalan Rasulullah S.A.W. dengan madu

Kitab “Zad al-Ma`ad Fi Huda Khair al-Ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam kitab hadis al-Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi  ”Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda”Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat”.

Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda “Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”.
Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia.
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.


eLhusaini Natural Honey, No Expired Date. For more information visit or call us +967713539067 
www.elhusaini.com or www.facebook.com/eLhusainiHoney



No comments:

Post a Comment